tulisan pelangi

backgrounds

Housemate KHAR 2011 (semester 1)

My Housemate
First week at UPSI
Saya sangat suka semua housemate saya sebab tiada seorang garang dan pun serius. Saya merupakan seorang yang suka bercakap dan bermain – main. Oleh itu, saya suka orang yang suka bercakap macam saya. Housemate saya ada 8 orang (termasuk saya). Housemate saya Miss Bila merupakan kawan yang paling jujur dan terus terang. Apabila Miss Bila sedih ataupun gembira dia akan beritahu saya segala-segala-galanya. Saya sangat gembira sebab dia share masalah dia dengan saya. Housemate saya Miss Sara. Miss Sara merupakan pemberi berita, lagu, cerita ataupun maklumat kepada saya. Dia selalu tolong up date maklumat pada saya. Tanpa dia, saya akan selalu ketinggalan. Tapi apa yang Miss Sara minat saya pun akan minat kenapanya???? Adakah ini disebabkan kami ini remaja??? Housemate saya Miss Diana merupakan seorang yang kuat sms dan dengar lagu. Tapi apa yang saya kata dengan dia, dia dengar pula walaupun dia sedang dengar lagu. Adakah dia pura – pura pakai handfree walaupun tidak dengar lagu? Miss Diana suka beri makanan ringan kepada saya menjadikan saya macam budak – budak (tapi saya suka). Saya paling suka kek yang Miss Diana buat. Housemate saya Miss Lia merupakan serius terhadap pembelajaran. Dia nampak macam serius je apabila tidak bercakap. Tetapi dia seorang yang main – main juga jika di luar pembelajaran. Dia minat cite korean macam saya juga. Tapi saya tak macam dia rela bangun awal – awal demi cite Indonesia. Roomate serta housemate saya Miss Sehlly merupakan seorang yang mementingkan kecantikan. Miss Sehlly suka tanya pada saya bahawa adakah dia gemuk…. Tetapi setiap kali saya jawab pun dia tidak percaya pada saya. Adakah saya merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai? Housemate saya Miss Ain. Walaupun usia Miss Ain tidak sama dengan saya tetapi dia minat animes kaut daripada saya. Tak faham betul??? Miss Ain merupakan orang yang pelik sebab saya tidur dia bangun saya bangun dia pula tidur. Adakah kehidupan saya tak normal??? Ataupun kehidupan Miss Ain tak normal??? Housemate saya yang last iaitu Miss Ekin. Miss Ekin ramai berminat setiap hari pun ada tetamu. Disebabkan Miss Ekin rumah saya dijadikan macam hotel pula. Tapi memang saya suka ramai orang pun sebab meriah dan ceria. First time saya tak kenal Miss Ekin, dia nampak macam garang je. Tapi tak sangka dia lagi kebudakan-budakan daripada saya.

No comments:

Post a Comment