tulisan pelangi

backgrounds

Wednesday, 7 March 2012

SUPER 2 (KEM DI TERATAK RIVER)







Pada mulanya, saya ingat super 2 itu merupakan 1 program KHAR. Oleh itu, saya jawab ya jer di sms exco saya sebab saya memang saya suka terlibat dalam aktiviti KHAR. Semasa di SUPER 2 baru saya sedar itu merupakan 1 kursus untuk pemantapkan rexco. Tapi saya memang happy la sebab exco saya memilih saya untuk mengikut kursus ini. Tapi pada masa yang sama juga saya hairan kenapa exco saya pilih saya???? Ada beberapa persoalan di minda saya. Sebenarnya kursus ini untuk rexco jadi exco sidang depan ker? Ataupun kursus ini untuk rexco yang tak mantap lagi? Tak pe la yang penting ada kebaikan untuk saya jugak. Melalui kursus ini, saya memang dapat rasa tugas seorang pemimpin. Aktiviti dalam kursus ini, memberikan 1 program (persembahan) kepada semua rexco utk handle tanpa bantuan exco. Masa itu, saya dijadikan AJK Logistik (baru saya sedar tugas logistik). Melalui kursus ini, kerjasama, keyakinan diri, percaya 1 sama lain, tanggungjawab sendiri dan tanggungjawab sendiri. Saat yang saya paling takut dalam kursus ini ialah semasa exco marah pasal kerosakan sudip dan pasal bintang yang tidak siap dilipat. First time, hati saya degup-degup begitu laju sekali macam jatuh cinta pula. Hehe.....  Tapi masa itu memang saya tak berani mengantok sebab takut dimarahi (memang mengantok gila). Pukul 3.30am tidur bangun 5.30am. Tidur cuma 2 jam jer. Di rumah 8 jam pun tak cukup tidur apatah lagi tidur 2 jam. Masa ini baru saya KAGUM kepada kedua-dua exco saya macam mana selalu meeting sampai pukul 4.00am pastu ada kelas pukul 8.00am... Hairan betul??? Lepas habis kursus ini saya sampai KHAR pukul 6.10ptg. Lepas siap basuh baju dan mandi saya terus tidur pukul 8.00mlm hingga 5.00ptg esok. Seumur hidup saya cuma 2 kali je saya tidur begitu lama iaitu pergi kem waktu form 3 dgn kursus ini. First time terponteng kuliah waktu pagi sebab tidak sempat bangun pagi. Nasib baik cuma 1 kuliah jer diponteng... Pengalaman memang banyak la melalui kursus ini. Kursus ini memang seronok Cuma mengantok jer... Seperti dikatakan oleh exco saya pergi  kem dengan gelas yang KOSONG dan balik dengan gelas yang PENUH dengan air.

BERSAMA BIRO KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN KHAR 2011/2012


Pada tahun 2011, kehidupan saya ceria dan meriah telah mula di KHAR, UPSI. Pada kali pertama borang pemohonan rexco telah dikemukakan oleh JMK. Tetapi masa itu, saya masih ragu-ragu sama ada saya nak ambik borang itu atau tidak. Apabila saya telah membuat keputusan nak ambik borang itu, borang itu telah habis. Ini merupakan satu pengajaran. Kita haruslah tegas akan keputusan sendiri dan jangan ragu-ragu. Tapi nasib baik borang kali ke-2 permohonan rexco telah dikemukakan pada 9.00mlm. Tetapi masa itu saya ada kelas. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan JMK memberitahu masalah saya kepada dia. JMK ini telah memberi borang itu kepada saya memdahului kepada orang lain. Semasa interview saya baru sedar bahawa JMK itu merupakan Exco Kebajikan & Perkhidmatan Khar. Saya dapat memjadi rexco kepada Biro Kebajikan & Perkhidmatan. Melalui biro ini saya betul-betul dapat mempelajari sesuatu yang baru. Selain itu, saya dapat mengenali lagi ramai kawan (rexco diploma dan degree) seperti kak elia, ikhmal ,halim ,yan ,ain dan abg wan untuk diploma. Kak fina, kak madi, kak mira, kak amir, kak nita, kak farrah, kak aina, kak su, kak kk, kak ira, kak kayat, kak kinah, kak iza, kak nurmahiza, kak qiah, kak ziemah, abg halim, abg zaki, abg khairul, abg hafiz dan abg rahsidi utk degree.
Kak Lai
Ini merupakan Exco Kebajikan & Perkhidmatan. Saya betul-betul dapat rasa kasih sayang daripada rexco ini. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat masuk biro ini. Ada kala saya dapat rasa kak ini sebagai mak saya. Semasa biro kita pergi lawatan ke Teluk Batik, kak ini siap masak sarapan lagi untuk kita. Masa berhenti di petornas kak ni siap beli makanan untuk kita. Biasanya tugas ini mak saya yang pegangan watak ini tapi melalui kak ini saya dapat rasa. Selain itu, ada apa yang saya tidak faham kak ini akan menerangkan kepada saya. Saya memang suka pemimpin macam ini. Saya rela buat apa yang disuruh walaupun larut malam sebab saya memang kagum pada kak ini.


Abg Am
Ini merupakan Exco Kebajikan & Perkhidmatan. Semasa lawatan ke Teluk Batik exco ini sebagai pemandu kepada kita. Biasanya tugas pemandu ialah tugas ayah saya. Saya ada feel exco ini sebagai ayah saya. Selain itu, exco ini selalu memberi kata-kata semangat. Saya rasa kata-kata dia memang berguna pada saya. Tambahan pula,sikap exco ini suka buat lawak. Saya memang suka berkerja dengan exco ini sebab tidak tegas sangat. Lagipun pun saya tidak suka serius sangat. Saya juga kagum dengan exco ini sebab kata-kata dia menyentuh hati saya.