Pada tahun 2011,
kehidupan saya ceria dan meriah telah mula di KHAR, UPSI. Pada kali pertama
borang pemohonan rexco telah dikemukakan oleh JMK. Tetapi masa itu, saya masih
ragu-ragu sama ada saya nak ambik borang itu atau tidak. Apabila saya telah
membuat keputusan nak ambik borang itu, borang itu telah habis. Ini merupakan
satu pengajaran. Kita haruslah tegas akan keputusan sendiri dan jangan
ragu-ragu. Tapi nasib baik borang kali ke-2 permohonan rexco telah dikemukakan
pada 9.00mlm. Tetapi masa itu saya ada kelas. Oleh itu, saya telah mengambil
keputusan untuk berjumpa dengan JMK memberitahu masalah saya kepada dia. JMK
ini telah memberi borang itu kepada saya memdahului kepada orang lain. Semasa
interview saya baru sedar bahawa JMK itu merupakan Exco Kebajikan &
Perkhidmatan Khar. Saya dapat memjadi rexco kepada Biro Kebajikan &
Perkhidmatan. Melalui biro ini saya betul-betul dapat mempelajari sesuatu yang
baru. Selain itu, saya dapat mengenali lagi ramai kawan (rexco diploma dan
degree) seperti kak elia, ikhmal ,halim ,yan ,ain dan abg wan untuk diploma.
Kak fina, kak madi, kak mira, kak amir, kak nita, kak farrah, kak aina, kak su,
kak kk, kak ira, kak kayat, kak kinah, kak iza, kak nurmahiza, kak qiah, kak
ziemah, abg halim, abg zaki, abg khairul, abg hafiz dan abg rahsidi utk degree.
 |
Kak Lai |
Ini merupakan Exco Kebajikan &
Perkhidmatan. Saya betul-betul dapat rasa kasih sayang daripada rexco ini. Saya
berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat masuk biro ini. Ada kala saya
dapat rasa kak ini sebagai mak saya. Semasa biro kita pergi lawatan ke Teluk
Batik, kak ini siap masak sarapan lagi untuk kita. Masa berhenti di petornas
kak ni siap beli makanan untuk kita. Biasanya tugas ini mak saya yang pegangan
watak ini tapi melalui kak ini saya dapat rasa. Selain itu, ada apa yang saya
tidak faham kak ini akan menerangkan kepada saya. Saya memang suka pemimpin
macam ini. Saya rela buat apa yang disuruh walaupun larut malam sebab saya
memang kagum pada kak ini.
 |
Abg Am |
Ini merupakan Exco Kebajikan & Perkhidmatan. Semasa lawatan ke Teluk
Batik exco ini sebagai pemandu kepada kita. Biasanya tugas pemandu ialah tugas
ayah saya. Saya ada feel exco ini sebagai ayah saya. Selain itu, exco ini
selalu memberi kata-kata semangat. Saya rasa kata-kata dia memang berguna pada
saya. Tambahan pula,sikap exco ini suka buat lawak. Saya memang suka berkerja
dengan exco ini sebab tidak tegas sangat. Lagipun pun saya tidak suka serius
sangat. Saya juga kagum dengan exco ini sebab kata-kata dia menyentuh hati
saya.